mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 20, 2015

kisah berkisah...

Assalamualaikum Blog,

Lama dah tak mencatat. Hmmm...cerita banyak tapi angin nak menulis tak sampai.

Ini hari ada satu cerita yang mahu aku kongsi. 

Sebelum ini aku ada post satu status di FB tentang apa yang aku rasa bila aku nampak anak-anak kecik di bawa ke Mahkamah. Satu, rasanya hati aku adalah, ayah budak tu kena charge any criminal offence. Dua, aku rasa mak dia nak tuntut nafkah. 

Tiap-tiap kali aku nampak, itu lah yang aku rasa.

Hari tu masa aku dekat High Court Temerloh, ada bapak tangan bergari, pakai baju lokap. Mak (isteri) salam dan cium tangan. Ada anak perempuan around 8 or 9 years old duduk sama kat galeri awam tu. Sedih. Aku jaga mata aku dengan buat2 borak with another lawyers. Tak mau wife and anak dia being offended. Part ayah (husband) dia tu lantak lah. Because for me, kamu lelaki dah dewasa sepatutnya apa yang kamu buat, kamu fikir kesannya. Yes, aku tau doktrin innocent until proven guilty tu. Tapi tu la, hati aku rasa lelaki itu kemungkinan buat salah lagi besar berbanding dia innocent.

Itu kisah hari tu dan aku tak terkesan sangat, maybe because aku memang tak mau pandang anak beranak tu beria or maybe aku jugak nervous at the same time coz nak mengadap Yang Arif Hakim. Case management punnn, aku tetap nervous since aku adalah sangat junior dalam hal-hal mahkamah.

Ini pula cerita semalam.

Ada orang called aku. Petang.

Caller (C): Hello boleh bercakap dengan Puan Hafizah?

Aku (A): Ya saya.

C: Puan, saya dari Jengka. 

A: Ya, siapa ya?

C: Saya dari Jengka. Puan tak kenal saya, saya pun tak kenal puan. Saya dapat nombor puan dari internet. 

A: Ya dari Jengka, tapi siapa namanya. Bagi la tau nama.

(Note: Aku tak suka orang call tak bagi tau nama. Ape daaaa...nama kot, benda paling basic.)

C: Saya Rohaya.

A: Ya Rohaya, ada apa?

C: Saya nak tanya puan pasal unit pendakwaan. Saya nak buat rayuan

A: Ha?

C: Suami saya kena penjara, saya nak buat rayuan.

A: Er? saya tak buat pendakwaan, saya tak tau. Cuba ambil no ni xxxxxxxxx. Ini nombor unit pendakwaan. Kesalahan apa?

C: Simpan barang curi. Dia buat bengkel.

A: Kena berapa lama?

C: Denda 2ribu penjara 6 bulan.

A: Ohh..dia mengaku bersalah ke apa tu?

C: Tak tau la puan. Saya tak tau detail. Mengaku bersalah kot sebab tu kena macam tu.

A: Mahkamah mana?

C: Jerantut.

A: Hmmm.. tak pe lah. Macam ni lah. Cuba call nombor yang saya bagi tadi tanya kat diorang macamana nak buat rayuan. Saya tak buat pendakwaan, jadi saya tak tau.

C: Nak cakap dengan siapa puan?

A: Cakap je dengan sapa-sapa. Bagitau diorag, nak tanya pasal rayuan, nak cakap dengan sapa.

C: Saya tak boleh pegi mana-mana puan, saya dalam pantang.

A: Tak pe, tak pe. Call je nombor tadi, tanya.

*********
Untuk beberapa saat aku blur. Pastu aku bukak internet google nama sendiri. Haghammm tak dak keluar. Huh!tak gelemer.

Aku google nama office. Ada la keluar. Tapi sah sah la nama aku di Unit Penasihat dan ada juga nombor unit pendakwaan di situ tapi kenapa dia tak ambik no tu ek?

Aku tertanya-tanya siapa dia sebab dia cakap dia orang Jengka dan dia mencari aku. Siapa ek dia?

Untuk momen-momen seterusnya, aku berharap dia dapat apa yang dia nak dari unit pendakwaan. Sebab kan, setau aku yang tak pernah buat pendakwaan ni, cuma blajar criminal law dan criminal procedure je bertahun2 lepas, kalau plead guilty, no rayuan. Aku harap sangat caller tersebut tak kecewa. Dah la dalam pantang.

Yang aku dok rasa-rasa masa kat court tu finally menjelma di alam nyata. Kesiannya. Bukan pada si suami. Pada isteri dan anak tu. Macammana nak lalu tempoh pantang suami di penjara? Ada duit ke nak belanja hari-hari? Kalau tak kerja dan bergantung sepenuhnya pada suami?

Semoga Allah permudahkan urusan Rohaya dan anaknya yang tak berdosa tu. 

Suaminya? Entah lah. Pada aku, walaupun bukan kau yang mencuri, tapi ko dah memiliki barang curi. Barang curi tau. Walau apa pun barangnya, biasanya kita boleh tau sebab biasanya pencuri jual barang yang dicuri dengan harga murah. Kenapa kau tak selidik dulu sebelum beli? tak tanya dulu? ke sebab ko rasa murah ko main rembat je? Bang, anak bini kau terseksa tu.

Moga Allah lindungi aku dan zuriat keturunanku dan seluruh ahli keluarga ku dari dugaan begini.


Tuesday, March 3, 2015

Assalamualaikum Dunia..

wooooohaa! Lama betul tak catat apa-apa kat sini.

Hari dah melangkah masuk ke hari ketiga bulan ketiga tahun 2015. Cepatnya masa berlalu. dan aku masih begini..azamnya banyak perlaksanaannya? huuuu...

Ini nak tepek gambar ni sebenarnya.


Ini gambar abang Akmal dengan kawan nama Hafizul pada hari Sabtu 14 Februari 2015. Satu kelas dengan abang Akmal. Rumah Hafizul dekat hujung jalan sana tu, yang nampak kecik je tu. Rumah paling tepi.

Ada cerita gambar ni ayah rekod kat telefon mama. Hafizul cerita kat Akmal pasal basikal baru dia. ada loceng. Basikal dia mahal. Haha! Sebijik macam Ehsan.

Sebenarnya mama rindu kat abang. Besar dah abang. Tahun ni bakal menginjak ke umur 5 tahun, insyaallah. Semoga abang membesar dengan sihat, menjadi anak soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Mama sayang abang. Adik pun mama sayang.


Sunday, January 4, 2015

hari ini 5 tahun lepas

13 Rabiul Awal 1431 hijrah / 27 Februari 2010





Masih mengharapkan sentiasa yang baik-baik dan dirahmati Allah. Moga jodoh ini hingga ke syurga.

Oh ya, tahun ini 13 Rabiul Awal jatuh pada 4 Januari.