aku bukan orang yang layak nak cerita pasal intellectual property law ni. yalah, tak ada satu experience pun dalam hidup aku melibatkan harta intelek ni. masa study law dulu pun aku tak ambik subject IP law ni.
akan tetapi aku tetap gak nak join the crowd pasal kes tudung fareeda ni. dulu ada la aku cita-cita nak pakai tudung tingkat-tingkat colorful nih. tapi syurga aku a.k.a bapak anak soleh solehah dua orang tu jebik, tak setuju. tak jadi la aku nak beli. tidak la aku bercita-cita nak beli yang brand fareeda tu, tapi yang seakan-akan tu je. tapi sekarang aku rasa tudung fareeda tu cantik pada orang-orang tertentu je. tak semua orang cantik pakai tudung tu.
okeh panjang pulak aku cerita hal diri sendiri. ni ha sebenarnya yang aku nak cerita pasal orang kecoh sangat marah-marah madam rose fizo omar, muka diorang sama kan?.
aku tak paham la kenapa begitu ramai yang marah pada dia. mungkin terlalu beremosi sebab rampas barang orang, macam tu?
tapi kan bagi aku yang tak penah belajar IP law ni, aku rasa apa yang dia buat tu tak salah. dia dah patterned tudung itu sebagai dia punya intellectual property. jadi hak dia la nak rampas sebab org cuti harta intelek dia. sama macam harta fizikal kita, kalau org curi, adakah kita akan kata tak pe lah, dia pun cari rezeki. rezeki Allah kan luas..
aku ada komen kat fb kata lebih kurang cenggitu.
aku bagi contoh mudah. kita tanam pokok rambutan, baja, jaga elok2 penat lelah keluar modal segala, tetiba hasilnya orang lain ambik dan jual. rasa nak redha ke rasa nak ikat orang tu kat batang pokok rambutan tu biar kena gigit kerengga?
tapi ada yang komen selepas komen aku katanya...
1. sharing is caring
2. idea pun Allah yang bagi
3. banyak lagi produk ciplak kat luar tak pulak kecoh macam dia
agaknya contoh pokok rambutan aku tak menarik atau tak berapa intelek bagi mereka. takpa, itu kelemahan aku sebab aku tak ambik IP law dulu.
cumanya aku nak kata la, if dalam exam, kita penat-penat tak tido malam, study betul-betul, tetiba kat hall, jiran sebelah tiru jawapan kita. agaknya sharing is caring tak? atau biarlah dia tiru, idea Allah bagi, bukan kita punya?
dah tu je yang aku nak cerita. entah apa kena mengena nya tapi kalau orang paham, dia akan paham.
ha, satu lagi pasal banyak produk ciplak yang lain tu, sama ada owner design tu tak pattern kan dan tak kisah, atau dah pattern tapi jenis tak kisah jugak. lantak ko la nak tiru pun. tapi menurut firasat aku, lebih kepada tak pattern. sebab tu dia buat tak kisah sebab dia tak boleh claim pun kata benda tu dia punya. cuba kalau dah pattern, harus meroyan jua oiii!
yang KPDNKK selalu rampas jeans la, jersey la kat pasar malam tu sama la kes nya camni. melanggar hak harta intelek orang. tak pulak engkorang kecoh.
dah abis.