Thursday, August 16, 2012
cerita raya
ari ni baru terasa nak buat persiapan raya. raya nya dah ari ahad nanti. ni tengah kat opis tetiba terasa berkobar2 nak beli bahan buat kuih. cemane?
Wednesday, August 1, 2012
gara-gara memborong diaper
ini kisah benar malam tadi.
aritu kami suami isteri happy sangat gi tunas manja taman tas (saja nak promote tunas manja free sebab tunas manja selalu ada diaper murah dari kedai lain) sebab tengok harga diaper cap huggies dry size M yang jumbo pack tu cuma rm29. ada sen dia tapi lupa dah berapa. biasanya rm 34 camtu harganya. kat dalam ada 80 keping. dek kerana teruja ngan harga yang murah tu, ayah akmal terus beli 3 packs. so agak lama jugak la kami tak membelikan akmal diaper sebab stok banyak. 80 x 3 = 240 keping, haa..tak ke banyak tu.
akmal pun happy tengok diaper banyak hehe!
oleh kerana lama dah tak membeli, bila abis ambik stok je, makanya mak pak akmal ni terlupa bahawa stok dah takde. sebenarnya tak la terlupa sangat sebab masa nak balik jengka aritu dah bagitau ayah akmal diaper dah nak abis, kena beli. tapi since balance yang ada tu cukup la untuk pakai kat 2-3 hari lagi (bagus akmal, pandai berjimat) maka agenda membeli diaper di postpone kan sikit.
ari isnin tinggal lagi dua keping. so pagi akmal pakai satu, bawak bekal satu kat sekolah. cam biasa ayah jadi runner menghantar bekalan diaper trial pack ke sekolah untuk top up bekalan akmal. so cukupla untuk 2 hari.
sekali malam tadi bukak beg sekolah akmal, diaper dah takde langsung. alamak! akmal lak sedang menyahtinja tu haha! adoi la anakku..maafkan mama dan ayah.
nak tau apa yang kitorang buat bagi mengatasi masalah ni?
basuh akmal kat luar, balut ngan towel, bawak g kedai haha!sian anak mama. ayah beli diaper yang trial pack tu, pakaikan akmal kat dalam kereta (mama doa banyak janganla akmal pee pulak..dahla kusyen kereta mama kain bukan kulit). nasib baik selamat sampai dalam keadaan terkawal. akmal happy je bersiap dalam kereta. lepas tu kitorang sambung perjalanan ke tunas manja taman tas (again) dan beli stok diaper akmal. tapi harga dah mahal huuuu!
pastu g giant sambung berbuka makan piza. haha!
Subscribe to:
Posts (Atom)