mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 27, 2014

rangkuman peristiwa sejak berbulan-bulan lalu

Assalamualaikum blog,

Lama sungguh tak update. Tak berapa nak rajin.

Wokkehhh, secara ringkas rangkuman berita yang hendak dilaporkan sejak dari last post on July, tak ikut kronologi:-

1. Diluluskan memangku gred L48 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mulai 1 November 2014. Terima transfer order pada 29 Oktober 2014, lapor diri 3 November. Alhamdulillah, ini rezeki besar yang Allah bagi (rezeki merangkap juga ujian). Kenaikan kali ni tak perlu bertukar ke tempat lain. Cuma perlu tukar unit sahaja dari Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang ke Unit Penasihat. Legaaaaa....walaupun tugasan yang menanti sangat mencabar. Besar gred besar juga amanah yang kena pikul. Tapi, bak kata senior DPP kat sini, "at least you cuma kena suaikan diri dengan kerja je, surrounding u dah biasa". Alhamdulillah, alhamdulillah. Now officially mama adalah Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri. 

2. Mewakili office untuk Sukan 4 Penjuru dalam acara bola jaring. Wahhhhh..ini betul2 hebat sebab never in my life pergi bersukan apatah lagi mewakili haha! i'm not into sport. Kaki bangku! Tapi bos baru ni berjaya membuatkan mama main. Walaupun tak menang, yang penting teamwork. 2 weeks pun belum hilang letih dia haha.

3. We also celebrated besday ayah, bulan 9 aritu, besday mama on Oktober and besday abang besar baru ni. Early celebration untuk abang coz menangis-nangis balik sekolah nak kek spiderman. Akhirnya ikut kan juga. Sampai kedai kek, kek spiderman tak de. Ayah kata abang menangis kat dalam kedai. Mujur kedai ada toys spiderman yang letak atas kek tu, so beli kek and cucuk spiderman 3 ekor. Abang sengih sampai siang. Sekarang ni dalam dilema pulak mana nak celebrates ke tak nak besday abang dengan kawan2 kat tadika. 

4. Adik dah pandai cakap mama, ayah, cicak, tik referring to itik. Budak bijak dah pandai mintak nak mandi, pandai buang baju kotor kat laundry basket, ambik towel and going straight to bathroom. Suka buka pempes. Baru pakai dah bukak nak basuh and tukar baru, 

lagi apa ek?

nanti la sambung.