mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 31, 2012

pengorbanan mak...

apa pun kau panggil dia, mak, mama,ibu, ummi, dialah orangnya yang paling banyak berkorban untuk kamu anak2. ingat ini!

anak2 ku, ingat ini..

"Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. (Hadith Muttafaq ‘alaih)"

***************

esok kena report duty kat AG hq, so kiranya hari ni last lah sepatutnya, tapi ai mintak tangguh u. terasa sungguh tak ready dan tak terasa nak paksa diri supaya ready...huuuu...

tadi g klinik, check perut. dah 21 minggu 1 hari. dah terasa gerakan2 yang kadang2 buat mama terkejut.

hmmm...inilah yang hendak diceritakan tentang pengorbanan mak. mak mengandung, penat tau bawak perut besar. sebelum ni bawak badan sendiri 50 kg, itupun ramai tak caya, "kurus camni 50 kg?" haa...sekarang dah jadi 61 kg. banyak beza tuh, dah nak kena minum air gula. bukannya sedap pun, manisnya ya ampun, semut pun boleh mati kna diabetes. kena puasa lak dulu semalaman sebelum minum, kena ambik darah, banyak tau. lepas 2 jam minum, kena ambik darah lagi, pastu baru boleh makan dan minum.

sebelum tu berapa kali ambik darah dah-hiv test, hb test la, sebab hb rendah sangat.

tadi kena cucuk. sakit dan lenguh sangat. ada mak yang tak tahan, boleh demam dibuatnya. mama alhamdulillah, masa abg besar dulu cuma sakit2 badan je, tak demam, harap2 kali ni pun tak demam sebab esok nak jalan jauh.

hmmm..kat sini je dah berapa banyak mak mengorbankan dirinya untuk memberi kehidupan pada anak2. berkongsi nyawa! maka, mmg sewajarnya kita mendahulukan mak dalam semua benda.

tu belum kira sakit2 sepanjang mengandung, bengkak kaki, mengah, cramp macam2la. masa abg besar dulu dua2 tangan mama kebas. pegang apa2 tak rasa. harap kali ni tak la sebab mama kena drive sorg2, ayah jauh, kalau kebas2 tangan, boleh menjejaskan driving skills.

bab loya dan muntah satu hal, kadang2 sampai lembik badan.

masuk pulak bab nak melahirkan, sakitnya tuhan je tau. hilang darah banyak. tapi mak tetap berjuang nak pastikan anak dapt keluar, hidup, selamat, sihat.

dah keluar, sambung cerita pantang, tak tido malam-nyamuk la,anak kembung la, macam2 la. pengalaman masa abang besar dulu, mama ngan ayah sekali atuk nenek semua berjaga malam setiap malam sebab abang besar menangis tiap2 malam. kata doc colic tapi kata org tua2 ada gangguan. entahla, macam2 ikhtiar ayah dan mama dan nenek buat, alhamdulillah bila dah menginjak 3 bulan, abang besar dah boleh tidur lena, dapatla mama dan ayah rehat.

masuk pulak bab menyusu. ada yang dapat rezeki susukan anak cukup 2tahun, ada yang tak dapat. tapi apapun, mak tetap berusaha yang terbaik untuk anaknya. macam mama, sampai sekarang abang besar masih menyusu. ya, masih lagi walaupun bila mama tanya "nenen sapa punya?" abang besar jawab "baby" so cute. tapi mama bagi juga sebab  doc dah sahkan xmudaratkan baby tecik plus allah makbulkan doa mama nak bagi susu kat abang besar sampai abang besar cukup 2 tahun. tak lama dah, bulan depan je. tambah lagi mama nak kena pergi jauh, jadi mama fikir, sementara mama ada, biarlah abang besar susu dulu. 

hmmm..apa lagi pengorbanan mak pada anak2?

banyak sebenarnya dan hampir x boleh nak di senaraikan satu2.

mak2 bukan nak mengungkit akan apa yang telah dia buat untuk anak2, tak sama sekali. tapi anak perlu ingat semua pengorbanan tu sebab mak jugak mahu dihargai dan diletakkan pada martabat yang sewajaarnya.

tapi ini jugak tak bermakna anak2 boleh ketepikan ayah. tidak sma sekali sebab ayah pun ada pengorbanannya.

******************

untuk anak2 mama dan ayah, 

abang besar MUHAMMAD AKMAL dan adik2nya, jadilah anak yang soleh yang sentiasa ingat dan doa pada mama dan ayah.

cinta mama dan ayah pada kalian hingga ke syurga.

Tuesday, October 23, 2012

tentang hati

pernah tak kau rasa kau tak punya masa yang cukup untuk mereka yang kau sayang?

aku pernah.

sekarang aku sedang merasainya.

masa rasa terlalu pendek untuk aku terus bersama orang2 yang aku sayang.

aku harap keadaan ini sementara sahaja.

buat orang2 kesayanganku:

ayah akmal dan akmal, doakan yang baik2 untuk keluarga kita. mama sayang kalian dunia dan akhirat.

Friday, October 19, 2012

kenangan2ku

semalam dapat surat actually emel from AGC bagitau penempatan. rasa sangat cepat masa berjalan, bermula 1 November ni kena bertugas ni Bahagian Penasihat, HQ.

allahuakbar, beratnya rasa hati. bukan tak bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bagi, tapi bila fikir kena tinggal berjauhan dengan suami dan anak, hati rasa terlalu berat nak hadapi. ayah tak bagi bawak akmal sebab bimbang keadaan mama yang tengah bawak baby.

mama tak tau selama mana mama sanggup berjauhan dengan cinta2 mama. mama mohon supaya ALLAH mudahkan jalan untuk kita sekeluarga menghadapi keadaan ni dan mudah2an keadaan ni untuk sementara sahaja.

##################

ALLAH memberi rezeki kepada kita semua, kepada anak2 mama dan ayah.. awal mama menjadi isteri ayah, mama dapat panggilan induksi, alhamdulillah.

kemudian bila abang besar mula membenih dalam rahim mama, ayah dapat jawatan tetap sebagai pegawai pertanian. alhamdulillah.

kemudian, permohonan ayah untuk ditempatkan di pahang berjaya. alhamdulillah, dan alhamdulillah ayah ditempatkan di kuantan. dapatlah mama dan ayah tinggal bersama. kalau tak sebelum tu ayah nun jauh di johor sana :)

kemudian lagi mama dan ayah beli rumah bila hampir abang besar lahir. alhamdulillah, ada tempat untuk kita berteduh. rumah kita sendiri.

sekarang, waktu baby sedang dalam rahim mama, alhamdulillah, allah bagi rezeki kenaikan pangkat pada mama..alhamdulillah.

semua ini rezeki untuk anak2 mama dan ayah.

alhamdulillah.

mama sayang ayah dan anak2 

Wednesday, October 10, 2012

apakah?

aku dpt mesej dari kawan aku suh cal balik.

aku cal tak dapat, aku letak phone. ye aku pakai phone opis sebab hal opis. kawan aku tgh buat pemantauan pasal hubungan antara PUU PTG ngn State LA.

sejurus selepas aku letak telefon opis tersebut, tetiba ianya ringing. aku jawab dengan penuh hemah. ingatkan kawan aku tadi. akan tetapi bukan. yang cal aku tu org HQ huaaaaa....membawa kabar tukar. bertukar!bertukar! eh? tak bertukar pun.. bertukar opis ye kawan2. katanya aku dah lama kat PTG. memang pun, aku sendiri kadang2 rasa tepu duduk kat sini. 

tapinya bila aku pikir akmal, ayah akmal, rumah?huaaa...aku tanak kene tukar. tapi dia kata tukar. dia tu sapa? dia yang cal aku tadi adalah head of international affairs division, jabatan peguam negara. 

wei, kasi aku naik pangkat kat PTG je xleh?

erk? kata dah tepu.

entah aku tengah takde perasaan sekarang ni.

akmal tengok baby

# entry ni dah agak beberapa hari dalam draft. tak siap. ni baru sambung semula.

lama tak update. banyak cerita sebenarnya. berikut adalah cerita-cerita tersebut:-

cerita nombor satu


yang ni dah agak lama berlaku. tapi tak tertulis pula. mama terjerit kuat masa akmal tengah nenen sebab akmal tergigit mama. sakitttttt sangat sampai tak terkawal pitching suara. akibatnya abang besar terus menagis dan peluk ayah. i'm sorry sayang. mama bukan marah akmal, tapi mama terkejut sangat-sangat. mama tulis ni sebab mama nak bila abang besar baca nanti, abang besar tau, mama tak marah abang besar. mama bimbang kalau2 jerit mama tu terakam dalam memori abang besar. mama sayang akmal sangat2.


"siapa pandai?"

"Amai"

hehe!pandai abang besar mama :)

cerita nombor dua


haritu, selasa mlm 2 oktober kitorang buat check up kt Az Zahra. actually ada trip ke bandung tapi tuan tanah terasa amat malas nak g. takde jiwa langsung. sebabnya, trip tu lama. 4hari. cemana nak tinggal abang besar yang tengah sangat manja. ayah pun macam tak berapa happy mama nak gi. so kitorang buat check up. tengok fit tak nak travel long journey. sembang2 ngan doctor, doc cakap, "i tak advise u pegi...bla...bla...bla.."


"okeh, jom kita tengok baby" ni doc yang cakap.

abang besar sangat excited okay, walhal before tu dia dah buat macam2 aksi sebab bosan tunggu turn mama, patient ramai malam tu.

doc tunjuk satu2. last sekali, doc cakap "macam lebih kurang je"

"erk?"

"nampak kat celah peha dia tu?"

"nampak"

"sebab tu i cakap macam lebih kurang je. tapi takpe klu tau, nanti besar sikit kita buat lagi"

ayah senyum je. mama pun. tak kisah la boy or girl, yang penting membesar dengan sihat dan sempurna. abang besar dah tak sabar nak ada kawan main.

" amai tengok baby?"

angguk.

"baby kat mana?"

"yut..mama"

abang besar is sooo comel.

cerita nombor tiga


balik jengka. sesuatu yang indah dalam hidup. seriyes wei bila kau dah kawen, hidup sendiri, antara benda yang best adalah balik ke rumah mak ko. best, heaven, dunia ana yang punya dan sebagainya. tapi yang tak bestnya, tuan tanah muntah muntah dan muntah lagi. rasanya food poisoning, bukan alahan bawak budak ke apa. sebabnya, petang tu makan tandoori kat taj. tah nape tetiba nak tandoori . 


bawak adik akmal ni lain dengan membawak akmal. masa bawak akmal dulu memang muntah sampai la dah masuk labour room. makan je muntah, makan je muntah. tapi berat kus semangat naik dekat2 20 kilo. plus walaupun muntah tapi tak lembik. lepas muntah, boleh continue makan dengan lebih berselera haha.

tapi this time, muntahnya ada la kot 3-4 hari sekali. tapi badan lembik. makan tu tak best, makan ni tak best. letih sokmo. agaknya sebab masih bf abang besar kot huuuu.tak kisahla, doc cakap ok tp kena lebih ambik supplement.

akmal pun happy balik jengka sebab ada orang layan dia. nenek sampai tak leh tido. pantang je tak nampak nenek, sibuk panggil. ada baby aleeya. akmal suka sangat, siap tepukkan baby nak tido. mama yang risak sebab dia tepuk kat perut, kuat lak tu. adeh..sibuk sikit2 tengok baby, sikit2 tengok baby. tengok tangan la, tengok kaki la, sayang baby la, main rambut la, tido kat baby la hehe..kalu berterusan camni, maknanya esok bila baby tecik keluar, insyaallah takde masalah hehe.

cerita nombor empat

cerita pasal abang besar taknak tido. semalam abang besar taknak tido lagi. adoila.. kul 1.30 pagi masih lompat2 kat tilam sambil tengok upin. sekali ayah marah, abang besar merajuk ajak mama tengok upin kat luar. oh anak...kenapakah begitu?

mama dan ayah bukan apa, cuma risaukan abang besar yang tak cukup tidur. pagi nak kena bagun pegi sekolah. nanti ngantuk macamana nak belajar?

malam semalam mama ngan abang besar tido atas toto kat hall. dah lepas kena marah, nangis2 agak dah penat barula abang besar terasa ngantuk. dah tido mama angkat masuk bilik. ayah tido kat sofa sampai subuh. akibatnya pagi tu abang besar kena angkat masuk kereta, tak mandi. sampai skolah nangis2 tak mau ikut cikgu.nantuk la tu. sian anak mama.

malam tadi, alhamdulillah abang besar tidur awal setelah mengamuk nak layang2 huuu..penangan upin dan ipin. tapi kul 11 abang besar bangun. kali ni mama ngan ayah tukar strategi- tutup semua lampu, bukak lampu dapur je. so kitorang main dalam gelap. macam2 la main nak bagi abang besar ngantuk semula or at lesat tak mengamuk di malam hari. alhamdulillah, kul 1 tido balik. hasilnya pagi tadi tidur lena pagi senyuman. gi sekolah pun tak nangis. good boy.

cerita nombor lima

kamus abang besar.

MAMA = MAMA

YAH = AYAH

AMAI = AKMAL

NENEK = NENEK 

TOK = ATUK

PIN = UPIN/IPIN

MEI = MI

MEI MEI = MEI MEI ( ABANG BESAR PALING INGAT MEI MEI. MAMA SYAK SEBAB NAMA DIA SAMA NGN MI HAHA)

YEI = AIR/LORI

NYANG = INYAU I.E KUCING

TAN = IKAN

TANG = UDANG

WEH = KUIH

LOK = PELUK

BEBE = BABY

PA = SELIPA

LAT = COKLAT 

LO = MILA/TELUR

CEN = VITAGEN

YO = SAYUR

LAP = LAP

YAK = BERAK

macam2 la yang si bijak ni dah pandai cakap. semua anggota badan dia dah kenal. dah pandai tunjuk preference dia dalam sesuatu perkara. contohnya nak pakai baju apa, nak tido mana, nak minum apa, nak naik kereta mana.

dah pandai main kat tanah tak mau naik kecuali diumpan dengan aiskrim atau upin. itupun kadang2 tak jalan. 

dah pandai nak gi kedai. pandai pulak mintak jajan or coklat or aiskrim.

sangat happy bila mama bawak keluar something from oven. "wehhhh!" katanya. kuih la tu.

suka makan mi/pasta instead of nasi.

suka main air. nak masuk bilik air, ada masa tertentu je senang, kalau tak, tak cukup dengan toys abis segala cawan besen kena angkut sekali. tapi sekali dah masuk, dapat air taknak pulak keluar.

selalu jerit "jukk" i.e sejuk mandi pagi nak g sekolah.

pandai mengadu sakit.

pandai cerita. berhari2 cerita yang sama hehe.

pandai sembahyang. 

macam-macam lagi la yag membuatkan mama dan ayah sentiasa rindu dengan keletah akmal.

-kejadian isnin lepas (mama cuti sebab keletihan kesan muntah2 tu)

mama kat dapur, akmal baru lepas basuh2 sebab berlaku proses nyahtinja sebelum tu. since ayah suh mama tuang air soya yang ayah baru beli tu, mama dengan confident nya terus ke dapur tanpa pakaikan akmal diaper dulu. akmal memang suka la, lari2 togel masuk bilik stor. tiba2 panggil mama kat dapur. "mama, yak" katanya sambil tunjuk stor. "aik bia betul akmal ni. akmal berak ke, kan baru lepas tadi" si comel innocent tu angguk sambil tunjuk stor. mama pegi tengok takde pun. sekali ayah tak puas ati, ayah gi tengok pulak. ayah panggil mama. "tengok ni" haha abang besar pee kat stor ye..ayah cepat2 bersihkan. mama bawak abang besar masuk bilik air. abang besar sengih jek. sonok la tu dapat bagitau mama dia yak.hehehe tu bukan yak la sayang. whatever, mama still loves u.