mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 20, 2012

stress lagi huuu...

sebab tak tau nak tukar balik template blog ni. sayang template lama tapi tergatal tangan tukar pastu dah tak reti nak patah balik...huuuu. sesal dahulu pendapatan betul la ni.

Wednesday, September 19, 2012

stresss gua stress...

tapi stress is good because it's made me practice my critical thinking skills.

arghhh!stress

Tuesday, September 18, 2012

cerita cerita cuti yang panjang

assalamualaikum anak2 mama...

hehe!harap2 blog ni terus hidup sampai anak2 ku mampu membacanya.

selamat hari malaysia semua. semoga malaysia akan terus aman dan dirahmati,agar rakyat jelata seperti aku dan anak2 dapat hidup dengan tenang dan selesa.

wahhh..seronok bercuti panjang kan, terimakasih lah kerajaan malaysia kerana menjadikan 16 september setiap tahun sebagai cuti umum. besarlah harapan di hati ku setiap 16 september akan jatuh pada hari ahad seperti tahun ini atau isnin atau jumaat hehe!

apa cerita hujung minggu korang?

kitorang seperti biasa hari pertama dipenui dengan aktiviti di atas tilam sementelah abang  besar tidoq lambat malam tu maka pagi nya adalah acara mengganti tidur yang tertunggak. tapi mama bangun la basuh kain lipat kain berbakul2 dan berjaya simpan semua dalam almari sampai rasa leceh lak tiap kali siap mandi kene bukak almari ambik baju perlahan2 takut tertumbang yang dah lipat cantik2 tu haha. kalau tak sebelum ni gali2 je dalam bakul huuu...rasa lega sangat bila bakul pakaian kosong dan almari mama ayah dan abang besar tersusun cantik walaupun ada cubaan dari abang besar untuk 'tolong' mama 'kemas' baju heee.

oh sebelum tu ada cerita menarik, jumaat lepas, ada acara makan2 dekat zon maganese. kena bawak pot luck. huuuu..mencabar misi nih. haku masak mihun singapore dengan penuh kegigihan. alhamdulillah berjaya. untuk 50 org yuu..tapi memandangkan peralatan memasak terbesar kat dapo tu adalah sebijik periuk emakku yang maksimum muat 2bungkus setengah mihun je, tu pun aku sesak2kan sumbat bagi muat 3 bungkus, kira berserah pada tuhan la cukup ke tak. nak buat cemana kan keluarga kecik, alat masak semua kecik2 je.

sekali petang nak balik, masya allah jammed jalan kuss semangat. dari opis nak balik rumah ambik masa satu jam sepuluh minit. ayah akmal call 2 kali sebab tak terhandle akmal dah nangis mencari 'botol susunya' haha! sampai rumah, terus akmal terkam. bolehla maknya tumpang terlelap sat tunggu magrib.

hari petama cuti memang tadek aktiviti.rehat tido makan kfc pastu balik umah akmal mkn kfc banyak2 tido lagi sampai pagi.

ahad rasa dah tadek keje sbb sabtu tu semua kain baju dapo clear. so buat kek coklat sekali kecewa mufin tray yang dibeli tak muat masuk dalam oven. huuu..tak menjadi mufin ku. naseb baik akmal tetap sukakannya. jerit2 mintak nak kuih katanya. pastu tengahari sikit balik lepar kejap. malam balik umah semula. isnin kitorg jalan2 g teluk cempedak. bawak akmal main layang2 suka sangat dia. cam upin katanya. semua benda lah sekarang ni dia samakan cam upin. makan ayam cam upin, main tingkap kereta cam upin, layang2 cam upin huuu.. 

ingatkan dah kepenatan abang besar nak tido awal, rupanya bangun jua dimalam hari dan ayah cakap kul 1.30 baru dia tido.


duduk kat kerusi tangan ngan upin. happy time

excited main layang-layang

tengok tu...

tak mau tengok kamera sebab tengah tengok budak menangis kena paksa balik haha

tertidur kepenatan tak sempat mandi.ingatkan sampai pagi. isyak bangun kul 1.30 baru tido balik. akibatnya, kena mandi malam lagi

malam tadi hujan lebat. dahan pokok kat tepi rumah tu patah. abang besar tidur kat hall, ayah tarik letak kat tengah takut apa2 jadi since pokok tu dekat sangat dengan rumah. kereta mama pun ayah alih. dah mintak pejabat tanah sama MPK tolong potong tapi kami rakyat marhaen ni tak di pedulikan. YB pun sama, tak boleh diharap. kena usaha sendiri potong walhal tanah tu sudah digazetkan sebagai rizab padang awam.

gambar pokok patah takde ambik tapi gambar bilik akmal ni ada. bocor...





macam2 hal...

Thursday, September 13, 2012

Wednesday, September 12, 2012

alhamdulillah..

diberi keizinan merasa makanan terlazat di cafe ofis- goreng pisang cicah sambal belacan. pernah makan?

Tuesday, September 11, 2012

gambar yang dijanjikan semalam

Iman Madihah. maknya tanak enterframe
akmal dan kakak amna

akmal dan baby daniel

akmal dan cikgu

gambar paling hot, akmal dan iman madihah.

gambar2 masa open house raya sekolah abang besar.

masa usik2 abang besar "aha..suka kat iman madihah ya" abang besar senyum simpul haha!

iman madihah adalah anak clasmate mama masa form 5, aeshah zakaria.

Monday, September 10, 2012

kisah2 akmal.

lepas 2hari jadual tidur berubah, abang besar tidur kul 8 straight samapai pagi. mama dan ayah join sekali sampai pg tu bangun ayah cakap 'sungguh puas tido hari'. thank you anak sebab bagi mama dan ayah peluang menikmati tidur yang memang sangat lama. haha!

minggu ni pulak alhamdulillah, abang besar ikut jadual tidur mama. nampaknya berkesan amlan memberi pesan kepada anak sewaktu anak tengah tidur2 ayam. masa abang besar tukar jadual tidur tu, mama pesan kat dia banyak kali 'esok tidur awal ya sayang. bangun awal'. alhamdulillah, setakat ni kul 11.30 dah boleh masuk bilik tanpa masalah hehe!

malam tadi mama ajak tidur, tutup lampu siap abang besar cakap "gelap" lagi. so sweet. bila mama nyalakan lampu bilik air, abang besar cakap "terang". off course la dengan baby language beliau kan. sungguh petah berkata2. 

hmmm, semalam kitorang pegi open house rumah jiran. abang besar tanak ikut. nak main sorang pulak. dah samapai siap nak lari balik rumah.adoyai.....tapi bila dah dapat kawan, punya seronok dia nasib baik nak balik. hari g open house kat opis mama, abang besar tanak balik sebab ada upin ipin. yg sweet adalah bila abang besar panggil opah upin "nenek". ada gambar, esok mama upload. dan gambar kontroversi abang besar ngan iman madihah hehe!

note: ayah plan nak buat open house jugak. plan nak masak macam2.huuu... sapa nak masak tah

mokcik fening ya anak2...

*entry tertunggak.

fening ngiut ngiut kepala ku ini. adeh deh deh

dah 2 malam abang ensem tukar jadual tidur. kul 2 pagi baru nk tidur tu pun setelah dipujuk dirayu diignore dan dibiarkan nangis huhuuuu..dah 2 malam berturut abang besar tidur kul 2 pagi. main! heret mama dan ayah main sekali. mama nak g toilet pu dia nangis macam kena pukul.aduhai anak...mama pening...

Monday, September 3, 2012

cerita akmal dan lain2

selamat hari raya semua.

dah raya keberapa tah ni, masih takde mood nak cerita apa2 kat blog. bukak hari2 tapi nak menulis, kuss semangat..banyak sungguh cabarannya.

ok lah, nak cerita pasal akmal dulu.

hari ini 30 ogos 2012, abang besar berusia genap 1 tahun sembilan bulan. dah besar cinta hati mama dan ayah ni. pagi tadi pun bangun tidur baik je. senyum2 tengok video sembahyang dia. jangan tak tau, abang besar dah pandai sembahyang tau hehe. ajak mandi ok, ajak pakai diaper pun ok, pas siap2 tengok katak kat dapur, tunggu mama siap dan abang besar ke sekolah dengan happy nya. good boy.

cerita kedua pasal abang besar, semalam, oficially mama dah stop carrying cooler bag n everything relates to bf sebab mama dah tak boleh produces breastmilk lagi untuk abang besar. tapi direct feeding ok lagi. sebenarnya pertengahan ramadhan lagi, satu hari cuma dapat 3 oz tapi mama still pump everyday untuk bekalan abang besar. tapi since coti raya yang amat lamanya mama tak pump, dah merajuk pulak precious drop tu. pump2 tanak keluar dah. so today ialah second day mama melenggang lenggok ke ofis tanpa beg besar yang biasa mama bawak tu.

apa ya perasaannya?

entahlah, susah nak cakap. tapi bila fikirkan baby kecik, mama rasa dah sampai masanya abang besar kena stop bf perlahan2. tapi kat rumah, still berkepit ngan mama hehe.

entry ni tersimpan dalam draft. hari ini, 3 sept 2012, mama sambung entry ni.

pagi tadi mama ada appointment di Klinik Kesihatan Kurnia. buat buku merah untuk baby tecik. alhamdulillah, hari ni dah 13 minggu lebih kurang usia baby tecik. moga sihat dan kuat ya sayang, macam abang besar. tadi doc scan perut mama. mama nampak jelas baby tecik kat dalam. alhamdulillah, dah terbentuk semua anggota. kali ni memang mama nampak mana tangan, kaki dan kepala baby. maybe because dah ada experience dengan abang besar dulu and explanation doc this time lebih jelas as compared dengan abang besar dulu. lagipun dulu first time, so mama a bit confused bila doc cakap ''ni baby'', "ni kepala dia"..erk, tak nampak cam kepala pun huuuu...

sambung cerita pasal abang besar. mama and ayah very excited since abang besar dah mula bercakap. dah agak lama sebenarnya tapi sekarang ni dah jelas sebutannya. "na ninen", "mama", "ayah"...mama dont know how to spell tapi abang besar dah pandai sebut nak air, nak vitagen, nak mi, beg, upin (favourite abang besar. oh ya, abang besar ada soft toy upin yang comel.nanti mama upload gambar), bas, bulan, nak keluar, nak kasut, nak selipar, nak main, ulat, itik, cicak, meow, ayam (abang besar pandai buat bunyi ayam dan meow jugak), macam2 lagi la yang abang besar pandai cakap. i'm proud of you, son. tapi off course la sebutannya pelat dan comel.

sekarang ni abang besar sangat suka tengok cerita upin & ipin. sampai ayah download from youtube untuk hiburan abang besar dan beli vcd jugak. hmmm...memandangkan ayah bli vcd upin untuk abang besar, mama decide to buy some educational vcds untuk abang besar. bukan apa, untuk seimbangkan perkembangannya. 

semoga anak2 mama dan ayah menjadi anak2 yang soleh dan solehah. mama loves both of you.

abang besar pandai cium baby hehe.

malam ni nak belikan abang besar susu dumex dugro coklat since abang besar suka milo, dan boleh nenen milo, so, mama decide nak bagi susu dumex dugro coklat tu.

ok, nak balik dah nak jumpa kekasih2 mama.

ada sikit pening di kepala.